|
||||||||||||||||||||||||||||||||||
1. SEJARAH PEMBINAAN BANGUNAN SEKOLAH UTAMA (4 TINGKAT) • Ditubuhkan pada 24.03.1919 berkat hasil cadangan dan usaha seorang peniaga iaitu En.Ong Wu Tieu dan disokong oleh beberapa orang kawannya iaitu 林建智, En. Ong Ho San dan 林天谐di pekan kecil Saratok. • Faktor Penubuhan sekolah: 1. Pertambahan penduduk yang semakin mementingkan pendidikan. 2. Kemudahan perhubungan terhad. 3. Perjalanan ke Kuching adalah jauh. 4. • Maka En.Ong Wu Tieu menderma sebuah pondok di tebing Sungai Krian berhampiran pasar sebagai sebuah bangunan pertama. • Enrolmen murid pada masa penubuhan sekolah ialah 28 orang murid dan seorang guru. • Pada tahun 1928, pembinaan bangunan 2 tingkat di atas Lot 37 (0.88 ekar) sebagai bangunan sekolah. • Pada tahun 1942, sekolah terpaksa ditutup akibat penaklukan tentera Jepun. 1. Harta benda sekolah musnah dan bangunan sekolah dirosakkan. • Pada tahun 1945 (tentera Jepun menyerah diri), bangunan sekolah telah rosak selepas perang. Pihak LPS mencadangkan kepada pihak penjajah British agar meminjamkan bangunan Rumah Rehat kerajaan sebagai tempat sekolah. • Pada tahun 1949, satu Jawatankuasa Pembinaan sekolah yang dipimpin oleh En. Ong Wu Tieu telah dan sumbangan penduduk tempatan, suatu bangunan 2 tingkat di atas Lot 37 yang lebih baik dan teratur telah siap dibina. • Pada tahun 1956, mula menerima bantuan daripada Kerajaan. 1. Sebelum ini, perbelanjaan sekolah(gaji, alat tuilis, bekalan buku perpustakaan dan lain-lain) hasil kutipan yuran RM3 setiap bulan dari setiap murid. 2. Jumlah besar perbelanjaan sekolah ditanggung oleh Lembaga Pengurus Sekolah (LPS). • Pada tahun 1991, bangunan sekolah usang dan sangat membahayakan. 1. Jawatankuasa Pembinaan Semula Sekolah yang dipimpin oleh Pemanca Gan Kian Liang berjaya mendapat anugerah tapak baru 2. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak memperuntukkan modal berjumlah RM 356,500.00. 3. • Pada tahun 1992 hingga 1993, pembinaan bangunan konkrit 4 tingkat sekolah. • Pada 11.08.1993, perpindahan dari tapak lama ke tapak sekarang. • Pada tahun 1998, pembinaan sebuah pondok yang cantik di tengah taman Min Syn. 1. bantuan Jabatan Pendidikan Daerah Saratok dan Lembaga Pengurus Sekolah Min Syn dengan peruntukan enam ribu ringgit. 2. Tumpuan murid pada masa rehat dan selepas sekolah. RINGKASAN SEJARAH DARI 1919-2010
2. SEJARAH PEMBINAAN GELANGGANG BOLA KERANJANG BERBUMBUNG (1993) Bangunan sekolah baru telah siap dibina pada tahun 1993, Timbalan Ketua Menteri Kerajaan Negeri Sarawak Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam telah diundang untuk upacara perasmian pada 26 Mac 1994. Namun, tanah bangunan sekolah yang seluas 1.7 hektar adalah tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum. Pada tahun 1995, Pegawai Pelajaran Daerah Saratok berjanji secara bertulis akan membina dua buah gelanggang tennis oleh Persatuan Pemuda Negeri dan Persatuan Kebudayaan dan Sukan untuk kegiatan ko-kurikulum dan aktiviti-aktiviti dalam sekolah. Pada November 2002, kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM50000 kepada sekolah untuk kegunaan pembinaan gelanggang bola keranjang. Dalam tender terbuka dalam daerah, projek pembinaan ini berjaya ditender oleh kontraktor yang berjumlah RM45000. Selepas perbincangan di antara pihak sekolah dengan pihak kontraktor, bumbung gelanggang bola keranjang yang berukuran 50 kaki diperluaskan menjadi 60 kaki demi keselesaan dan kesesuaian penggunaannya. Pihak sekolah berjanji akan menambah kos pembinaan sebanyak RM4000 manakala bagi peruntukkan sebanyak RM5000 yang lebih dari pihak kerajaan akan digunakan sebagai kos penambahbaikan pembinaan. Pada Januari 2003, gelanggang bola keranjang ini berjaya disiapkan. Untuk membekalkan kemudahan yang lengkap bagi murid-murid, PIBG mendapatkan peruntukan sebanyak RM7000 untuk membina tiang dan jaring bola keranjang. Pihak sekolah pula bertanggungjawab membaiki pagar sekeliling gelanggang dan mensimenkan lantai gelanggang. Selain itu, Persatuan Wushu Saratok dan beberapa penderma tempatan juga menyumbangkan lampu-lampu pada gelanggang. Pembinaan asas gelanggang ini tamat pada pertengahan Ogos 2003. Bagi pembinaan sekitar dalam dan luar gelanggang seperti sistem pengairan, pentas, pentas khas (VIP), bekalan elektrik dan sebagainya akan diperbaiki jika terdapat peruntukan untuk masa yang akan datang. 2. SEJARAH PEMBINAAN BANGUNAN PRASEKOLAH (2009) Pada bulan Mac 2010. pihak sekolah telah menerima surat tawaran dan Pejabat Pelajaran Daerah Saratok untuk memulakan Kelas Prasekolah path Tahun 2010. Justeru itu, Guru Besar, Puan Fung Mci Ngang, telah berbincang hal berkenaan dengan pihak Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Ibubapa dan Guru serta Persatuan Alumni Sekolah. Oleh kerana sekolah mengalami masalah kekurangan bilik darjah, maka pada mulanya Lembaga Pengurus Sekolah bercadang untuk mengubahsuai bilik darjah Tahun I M dan lB menjadi Kelas Prasekolah. Secara kebetulan, pada bulan________Tahun 2009, di bawah Pakej Rancangan Ekonomi Negara Kedua, pihak Lembaga Pengurus Sekolah telah diperuntukan sebanyak RM 100,000.00. Suatu perbincangan telah diadakan antara Lembaga Pengurus Sekolah dan wakil sekolah tentang kegunaan peruntukan berkenaan. Hasil perbincangan berkenaan mencadangkan untuk membina satu blok sekolah 3 tingkat yang terdiri daripada 12 buah bilik darjah untuk menyelesaikan masalah kekurangan bilik darjah. Namun, setelah dibajet oleh arkitek, didapati pembinaan blok 3 tingkat memerlukan kos sebanyak RM600,000.00 dan ini jauh melebihi bajet sebenar. Setelah 2 bulan mempertimbangkan perkara tersebut, akhimya Lembaga Pengurus Sekolah dan pihak sekolah bersetuju membelanjakan peruntukan RM100,000.00 berkenaan untuk membina satu blok yang terdiri daripada 2 bilik darjah untuk kelas Prasekolah (bertempat di tapak Blok Prasekolah sekarang). Pada 7 Julai 2009, suatu Jawatankuasa Pembinaan Bangunan Tambahan telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Encik Kho Hu Chuan , Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah.Mesyuarat Jawatankuasa kali ke-3 diadakan pada 20 Ogos 2009 untuk menentukan Syarikat-syarikat yang menyertai tender untuk projek berkenaan dan akhirnya memutuskan untuk mengamanahkan Jelemi Enterprise untuk membina bangunan tambahan ini dengan kos RM101,554.50. Projek pembinaan yang terdiri daripada sebuah bilik darjah, sebuah bilik gunasama yang terdiri darpada tandas, ruang makan dan dapur telah dimulakan pada 12 September 2009. Projek pembinaan berjalan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan dan telah siap sepenuhnya pada pertengahan bulan Disember 2009. Pihak sekolah telah bertungkus lumus menghiasi bilik darjah dan memindahkan perabot-perabot yang telah dibaikpulih dari kelas-kelas sekolah rendah sebagai langkah persediaan untuk pembukaan kelas Prasekolah pada sesi persekolahan Tahun 2010. Pihak Lembaga Pengurus sekolah juga memperuntukan wang untuk menyediakan kelengkapan lain seperti langsir kelas dan kerusi plastik untuk ruang makan. Atas usaha gigih semua pihak, akhirnya kelas Prasekolah pertama SJK(C) Mm Syn telah berjaya beroperasi dengan enrolmen maksimum, iaitu 25 orang pada 4 Januari 2010.
Gambar 1: Kerja “Piling” tapak bangunan sedang dijalankan.
Gambar 1: “Beam” bawah tanah telah siap disimen.
Gambar 1: “Roof beam” telah siap disimen.
MOTO SEKOLAH: 耻(BERBUDI) 义(KEADILAN) 廉(AMANAH) 礼(KESOPANAN) Perkara yang berikut ialah maksud lambang pada logo tersebut:
JATA SARAWAK : Melambangkan taat setia kepada negara dan negeri. BENTUK TIGA SEGI : Melambangkan pelbagai kaum bersatupadu menuntut ilmu di sekolah ini.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |